Ummul Kitab
Puji-pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan sempurna pada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan, kesempurnaan, kebesaran dan keagungan. Ini kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan kekuasaan itu hanya pada zat Allah Yang Maha Kuasa. Maka Allah SWT sahaja yang berhak menerima puji-pujian sebagaimana Allah SWT juga berhak memuji zat-Nya sendiri.